Salam sudah lama menyepi kini admin kembali. Banyak perkara yang admin lakukan tetapi sukar untuk berkongsi dengan teman sekalian. Cuma hari ini, admin nak berkongsi tentang program terbaharu transformasi kerajaan iaitu Rebet Smart Phone untuk Belia 1malaysia.
Kawan-kawan sudah memohon belum? sudah tahu dimana saluran yang boleh dipohon? kawan-kawan tak nak rebet rm200? kalau kawan-kawan hendak, boleh lah untuk memohon di atas talian
Suatu rebet yang baik untuk para belia sekalian untuk dapatkanya. Persoalanya tiada sambutan di kalangan para belia. Hairan dan ajaib yang telah berlaku.
Adakah belia tidak berminat dengan rebet rm 200? atau belia hendak rebet rm1000 macam yang telah di umumkan oleh TPM kita, sekiranya @!@ menang maka BR1M akan di naikkan dan diberikan sehingga kepada RM1000.00
Ada pula yang mengatakan ini adalah pakej kroni kerana setiap pembelian WAJIB ikat kontrak dengan syarikat telko.
dan tidak di lupakan Seng Heng dan Seng Q. Admin sekadar mencari kebenaran apakah yang berlaku pada alam realitinya dan apakah cerita di sebalik kisah "Pakej Menawan Belia" ini. Admin membuat pemohonan dan alhamdulillah di luluskan.
Admin telah membawa rebet yang telah diluluskan ke kedai yang sepatutnya. Rata-rata daripada pemerhatian admin, admin melihat pakej ini adalah PALSU kerana ada beberapa isu yang berlaku.
1- Berkaitan dengan harga smart phone yang boleh di beli pada awalnya hanya rm500 sahaja
Modelnya adalah seperti berikut
2- tak lama kemudian, keluar pulak kenyataan baharu tiada had....HURRAY...
3- tetiba hanya henset tertentu sahaja yang di tawarkan oleh syarikat telco , seng heng , dan seng q. ini adalah contoh syarikat telco bagi jenis ini sahaja yang boleh dibeli.
Oleh itu admin merasakan apa yang di war-warkan tidak benar. janji ditepati yang tinggal janji semata-mata.
"Janji Tinggal Janji, Janji di mungkiri"
Antara sebab janji terus di mungkiri kerana di dalam pemerhatian admin yang seronok mendapatkan rebet ini. admin telah menjelajah ke kedai-kedai henset yang biasa kita kunjungi. Namun di sana tiada rebet yang di tawarkan. Admin cuba mengorek rahsia apa yang terjadi di sebalik rebet belia ini di kalangan peniaga telefon.
Mereka menyatakan beberapa persoalan yang di fikirkan benar juga.
1- "Banyak kedai bukan tidak mahu ambil, tetapi memboikot rebet ini kerana menurut mereka Rebet Belia 1Malaysia ini hanya bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi kedai henset kecil-kecilan seperti kami. Kami yang kerugian sebab itu kami tidak menerima tawaran untuk menerima pakej rm 200 tersebut. Ini adalah apa yang mereka suarakan. Sebabnya adalah kerana rm 200 itu adalah untung atau modal kami. Rebet ini umpama memberi pinjam kepada pembeli kata mereka kepada admin yang kurang mengerti ini. "
"Bayangkan 1 hari 5 orang paling lekeh membeli di kedai saya. 1 orang saya di paksa memberi pinjam RM 200. Kalau 5 orang saya terpaksa tanggung hutang pembeli RM 1000. Kalau tiap- tiap hari begini bayangkan selama 1 bulan 30 hari. bermakna saya terpaksa menanggung hutang RM 30000 sebulan. Saya hendak claim untuk mendapatkan duit saya daripada pihak SKMM tue kalau paling cepat pon 6 bulan.Dalam tempoh 6 bulan berapa yang terpaksa saya tanggung? RM 30000 x 6 bulan = RM180000 kos yang terpaksa saya tanggung daripada pembeli. Saya rasa untuk tunggu claim itu, sudah pasti saya yang bankrup dulu menurutnya....
Lalu saya mengajukan soalan kepadanya, kenapa hanya diberikan kepada syarikat tertentu sahaja seperti Telco, Seng Heng, dan lain-lain.
"Menurut mereka, syarikat itu adalah syarikat yang besar, mereka tak kesah pon stakat nak memberikan hutang kepada pengguna sebanyak RM200 K. kerana mereka syarikat besar mereka mampu menuggu claim yang akan diberikan. Lalu die mengambil contoh seng heng satu syarikat yang besar kerana kedainya yang terlalu banyak dan bukan stakat berada di malaysia tetapi turut di luar negara. Sambil berseloroh entah-entah tokey seng heng lebih kaya daripada Malaysia."
Cerita di Kedai Seng Heng pula
Saya tiba di Kedai Seng Heng untuk melihat smart phone yang di war-warkan. Hari tue pertama kali saya menjejakan kaki di kedai Seng Heng. Saya baru tahu kedai seng heng ini adalah kedai perkakasan elektrik. tv, mesin basuh, dapur. peti ais macam-macam lah ada. Termasuklah smart phone. cuma apa yang sedihnya hanya ada beberapa telefon sahaja antaranya yang RM1000,RM 2000 keatas samsung S3, note 2, yang mahal-mahal aje yang ada. Yang murah tak da.
Apabila tanya mengenai Rebet Phone itu mereka keluarkan kertas jenis-jenis phone yang ada. Kalau nak tgk smart phone yang murah-murah sikit atas kertas je ada. Biasakan kita nak tgk dulu nak pegang tengok dulu, smart phone macam ini di dalam kedai itu. Kemudian saje tanya macam mana nak beli telefon samsung ace. kata pekerjanya " kene tempah dulu". wah memang terbaik lah. pastu kene WAJIB pakai pakej internet lagi. Kalau orang sengkek cam aku nie memang aku rasa la nak pakai bayar p1 pon dah rm100/month contoh je...pastu kene pakai line lagi pakej rm68/ month kontrak lagi 18 atau 12 month. Bila fikir-fikir balik bukan pakej rakyat la, aku rasa makin terbeban lagi ada la..Pakai je smart phone bila ada wifi free guna la apa masalahnya. Alasanya kalo dah pakai smart phone tak da guna kalau x da internet. Kalau ada orang kata pakej ini untuk kroni mungkin ada benarnya dan mungkin ada salahnya. Tapi apa pon pakej ini tidak sedikit pon meringankan beban kami yang belia bahkan makin bertambah beban....
Cadangan penambahbaikan
Cadangan ini admin ambil daripada peniaga henset yang terbabit untuk memastikan kerancakkan program smart phone belia ini adalah.
1- kerajaan mengeluarkan dahulu pembelanjaan dan di berikan kepada semua kedai telephone yang berminat. Contohnya menurut mereka 1 kedai terhad untuk 10 rebet sahaja. Jadi kedai yang berminat akan diberikan RM 200 X 10 = RM 2000 kemudian di publishkan kedai-kedai yang boleh menebus rebet RM 200 di seluruh Malaysia. Jika langkah ini berjaya, maka semua orang yang memohon sudah pasti akan mendapatkannya.
2- Menghadkan pendaftaran di atas talian. Contohnya budjet yang dikeluarkan adalah sebanyak 1 juta. Jadi sudah pasti kerajaan sudah mengetahui berapa ramai yang boleh memohon. contoh seramai 200 ribu sahaja yang terawal. setelah cukup 200 ribu talian di hentikan. pemohonan selepas daripada itu adalah tidak layak. Maka tidak timbul lah tentang pemohonan dengan tempoh yang terhad kerana rebet itu telah di serahkan kepada individu terbabit.
Rugi la..kerajaan dah bagi ambik..ini habuan kita..
"orang bagi ambik orang pangkah sendiri mau ingat la"
"Pilih lah yang terbaik yang adil yang boleh memimpin kita yang Paling penting dia boleh bawak kita di dunia dan di akhirat dan ajar kita mengenal tuhan barulah hidup menjadi selamat dan insyallah berkat"
HIDUP-HIDUP ISLAM...HANCUR-HANCUR KEZALIMAN..
-END-