"Siapakah yang paling pintar?" Soal Nabi Musa Di dalam satu khutbah. lalu Nabi Musa menjawab, "Akulah". inilah detik permulaan kepada kisah antara Nabi Musa A.S dan Nabi Khaidir. Akibat daripada kata-kata Nabi Musa itu, allah mendidik Nabi Musa kerana tidak memulangkan kepintaran yang allah berikan kepadanya dengan menurunkan wahyu kepadanya. Teguran ini adalah satu teguran yang terus kepadanya.
Firman Allah:"ada seorang hambaku yang mendiami sebuah tempat di pertemuan dua lautan, ilmunya lebih daripadamu"
Kata Nabi Musa: "wahai tuhanku bagaimana untuk aku temuinya?"
Firman Allah :" Tangkaplah seekor ikan dan letakkan ikan di dalam bakul yang diperbuat daripada daun kurma. Apabila ikan itu hilang di situlah tempat yang kamu cari."
Apabila mendapat wahyu terbabit, Nabi Musa segera mendapatkan ikan. Kemudian menyediakan seperti yang telah di minta dan membawa bakul bersama.Nabi Musa memulakan perjalanan dengan membawa seorang pembantu. Namanya Yusya' Bin Nun.
Nabi Musa berjalan-jalan sampailah tiba di sebiji batu yang besar. Kemudian Nabi Musa berehat di sana. Sewaktu di sanalah Nabi Musa tidak perasan akan ikan yang di bawanya sudah pun melompat keluar daripada bakul yang di bawa olehnya.Namun peritiwa itu telah di sedari oleh pembantunya.
Setelah terjaga daripada tidur Nabi Musa, bangkit dan meneruskan perjalanan bersama dengan pembantunya. Akibat keletihan Nabi Musa meminta kepada pembantunya untuk mengeluarkan juadah untuk makan tengahari.
Kata pembantu nabi musa :" Adakah tuan mengetahui sesuatu yang ganjil telah berlaku sewaktu tuan sedang tidur? ikan itu melompat keluar daripada bakul dan terus berenang ke laut. Sesungguhnya aku telah di lupakan syaitan untuk memberi tahu akan hal ini kepada tuan."
Kejadian ikan yang melompat itu mengingatkan nabi musa akan wahyu yang di terima olehnya. " Itulah tempat yang hendak kita tujui" kata Nabi Musa A.S dengan segera Nabi Musa A.S bangkit dan bergegas ke sana.
Setibanya di sana, Nabi Musa mencari-cari gerangan Nabi Khaidir. Kemudian ada seorang lelaki yang menutupi mukanya dengan kain datang kepadanya dan menyapa dengan memberi salam. Lalu Nabi Musa menjawab salam, terus pemuda itu bertanya "Siapakah kamu?" lalu nabi musa menjawab "Akulah Musa". Lalu lelaki itu bertanya " Musa daripada bani israil?" lalu Nabi Musa menjawab "ya aku datang bertujuan untuk bertemu dengan kamu". Nabi Musa mengetahui pemuda inilah Nabi Khaidir.
Lelaki itu terus berkata lagi "Wahai Musa sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepadaku sesuatu ilmu tidak di ketahui olehmu".
Nabi Musa menjawab " boleh kah aku mengikutmu?".
Lalu Nabi Khaidir menjawab "Sesungguh engkau tidak dapat bersabar dengan ku jika engkau mengikut ku! Bagaimana engkau akan mampu bersabar sedangkan engkau belum memiliki pengetahuan yang cukup tentangnya".
Nabi Musa menjawab " Insyallah enkau akan mendapati aku seorang yang sabar dan akan menuruti segala kemahuanmu".
Nabi Khaidir berkata lagi jika begitu "syaratnya mudah sahaja itulah janganlah engkau bertanya apa-apa pun sehingga aku menjelaskan kepadamu". Kemudian mereka bermusafir bersama.
Paksi 1- Kisah di kapal
kapal layar dulu
kapal layar kini
Mereka bertemu sebuah kapal yang indah yang hendak belayar. Mereka meminta kepada nahkhoda kapal untuk menumpangnya. Apabila nahkhoda kapal mengetahui bahawa yang meminta tumpang itu Nabi Khaidir tidak ada bayaran di kenakan.
Tiba-tiba sewaktu di dalam pelayaran ada seekor burung yang terbang dan bertenggek di atas kapal terbabit dan mencelupkan paruhnya sebanyak 2 kali.
Nabi khaidir bangkit dari duduk dan berkata kepada nabi musa " Wahai musa, ilmu yang kita ada tidak akan mengurangkan sedikit pun ilmu Allah ibarat apa yang dihirup oleh burung itu". Kemudian tanpa di sangka Nabi Khaidir mengambil kapak lalu merosakkan sebahagian daripada kapal terbabit.
Nabi Musa terus bertanya kepada Nabi Khaidir "Kenapa engkau lakukan semua ini? Bukankah kita telah di tumpangkan secara percuma oleh nakhoda kapal? Kenapa engkau cuba merosakkan kapalnya? Apakah kamu ingin menenggelamkan semua penumpang?" Nabi Khaidir menjawab " Bukankah sudah aku katakan kamu sudah pasti tidak akan dapat bersabar dengan ku?".
lalu Nabi Musa memohon maaf di atas apa yang di lakukan. Itulah merupakan kesilapan yang pertama yang telah di lakukan oleh Nabi Musa di dalam kembaranya bersama dengan Nabi Khaidir.
bersambung...
No comments:
Post a Comment