Friday, 5 October 2012

YAKINLAH DENGAN ISLAM AGAMA-MU


إنّ الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له،
 وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، صلوات الله وسلامه عليه وعلى آله وصحبه.


Pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda  semua yang di maksudkan dengan "Kita Merancang Allah juga merancang Dan perancangan Allah adalah yang TERBAIK!!!."

Ada satu keluarga yang tinggal di ibukota mengidamkan anak yang soleh akan lahir di dalam keluarganya. Lalu si ibu cuba merancang yang terbaik untuk anaknya. Kerana khuatir dengan masalah  remaja yang  melanda di ibukota pada waktu itu, ibunya mengambil keputusan untuk menghantar anaknya jauh daripada keluarga.

Anaknya pada waktu itu, baru sahaja berumur 13tahun, di hantar ke sekolah menengah  agama yang jaraknya sejauh 500km daripada rumahnya.Apabila mendengar ibunya tadi ingin menghantar anaknya untuk belajar ke tempat yang begitu jauh, ada dikalangan ahli keluarga yang tidak bersetuju. " engkau nak hantar anak kau belajar agama? engkau nak rosakkan masa depan anak kau ke? berapa banyak masjid je yang ada nak jadi imam dan bilal untuk anak kau? fikir la sikit".

Si ibu tidak pernah mengendahkan apa yang di perkatakan oleh ahli keluarganya. Baginya "Aku impikan Seorang Anak Yang SOLEH yang boleh  memberikan aku senang di dunia Senang pula di akhirat. Jangan pedulikan dengan apa yang orang kata pedulilah pada apa yang ALLAH kata".

(#rßÎg»y_ur Îû «!$# ¨,ym ¾ÍnÏŠ$ygÅ_ 4 uqèd öNä38u;tFô_$# $tBur Ÿ@yèy_ ö/ä3øn=tæ Îû ÈûïÏd9$# ô`ÏB 8ltym 4 s'©#ÏiB öNä3Î/r& zOŠÏdºtö/Î) 4 uqèd ãNä39£Jy tûüÏJÎ=ó¡ßJø9$# `ÏB ã@ö6s% Îûur #x»yd tbqä3uÏ9 ãAqߧ9$# #´Îgx© ö/ä3øn=tæ (#qçRqä3s?ur uä!#ypkà­ n?tã Ĩ$¨Z9$# 4 (#qßJŠÏ%r'sù no4qn=¢Á9$# (#qè?#uäur no4qx.¨9$# (#qßJÅÁtGôã$#ur «!$$Î/ uqèd óOä39s9öqtB ( zN÷èÏYsù 4n<öqyJø9$# zO÷èÏRur 玍ÅÁ¨Z9$# ÇÐÑÈ 
78.  Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu[993], dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong.
(surah al-hajj 22:ayat 78)

Percayalah apa yang allah  janjikan orang yang berpegang teguh pada islam (ad-din nul haq) sesekali allah tidak menjadikan kesempitan bagi kamu. Nabi ibrahim adalah contoh yang allah berikan contoh untuk kita semua teladani ketekunan dan sifat yang baik. Yakin allah lah pemberi rezeki. Bukan makhluk yang  akan berikan pada kamu. Sekiranya kamu mengatakan yang bagi rezeki pada kamu itu mak ayah kamu, maka boleh jatuh syirik. Sekiranya kamu mengatakan bahawa yang bagi rezeki kamu itu majikan kamu, kamu boleh jatuh syirik, Sekiranya kamu yakin mengatakan bahawa yang berikan rezeki kamu itu adalah kerajaan yang kamu kerja dengannya, maka kamu boleh jatuh syirik.

Oleh itu yakinlah bahawa allah yang memberikan rezeki pada mu. Janganlah kamu khuatir apa yang akan berlaku kepada anak-mu Sekiranya menghantar anak mu belajar agama kamu merasakan masa depan anak mu makin gelap. Ketahuilah bahawa hati mu itu sangat jauh daripada allah. Kamu sangsi dengan janji allah. Orang yang sayang allah orang yang sayang islam allah pasti akan uji mereka dengan pelbagai ujian. Namun itu bukan bermakna allah tidak akan memberikan rezeki padanya. Janji allah itu pasti.

$O!9# ÇÊÈ  |=Å¡ymr& â¨$¨Z9$# br& (#þqä.uŽøIムbr& (#þqä9qà)tƒ $¨YtB#uä öNèdur Ÿw tbqãZtFøÿムÇËÈ  ôs)s9ur $¨ZtFsù tûïÏ%©!$# `ÏB öNÎgÎ=ö6s% ( £`yJn=÷èun=sù ª!$# šúïÏ%©!$# (#qè%y|¹ £`yJn=÷èus9ur tûüÎ/É»s3ø9$# ÇÌÈ 

1.  Alif laam miim[1144]
2.  Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
3.  Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.



(SURAH AL-ANKABUT AYAT 1-3)

Oleh yang demikian, kita wajib yakin akan janji allah. jangan kita lemah kerana apa yang terjadi adalah qada' dan qadar yang allah berikan kepada kita untuk menguji adakah kita benar-benar beriman kepada allah atau hanya omongan kosong sahaja.

Ibu itu sentiasa berpesan kepada anaknya, "tunjukkan yang kamu adalah insan yang berguna. ibu hantar kamu jauh, ibu nak kamu buktikan agama bukan hanya kerja di masjid-masjid sahaja, sekolah agama juga mampu jadi seorang  yang hebat".

Kini anak itu sudah besar, anak yang di hantar oleh ibu itu makin berjaya di dalam kehidupannya, maka kini anak itu berkata " benar kata ibu, sesungguhnya ibu hendak mendidik ku untuk menjadi anak yang SOLEH. maka kini  anak itu berjaya . TERIMA KASIH IBU!!!.


No comments:

Post a Comment