Saturday, 27 October 2012

RAYA HAJI DI THAILAND 3

Alhamdulillah, di berikan kesempatan untuk mencoret suasana di thailand sewaktu saya tiba di sini. Pada tanggal 26/10 merupakan salah satu tragedi berdarah yang tidak dapat di lupakan oleh penduduk di selatan Thailand. Oleh yang demikian, sewaktu saya tiba di Takbai kelihatan begitu ramai orang sedang beratur untuk mengecop passport. Kebetulan sempat berborak dengan rakyat tempatan bertanya kepada mak saya kemana hendak kami sekeluarga tujui, maka kami katakan Takbai. 


Lalu penduduk terbabit mengingatkan kepada kami untuk mengelak untuk kesana kerana hari ini adalah hari peringatan bagi seluruh penduduk terhadap peristiwa bersejarah dan berdarah bagi mereka. Oleh yang demikian, satu perasaan resah dan gelisah telah menghimpit perasaan saya. Kami mengambil keputusan juga untuk terus menerjah ke takbai tempat yang ingin di tujui. (Maaf tidak ada gambar kerana takut nak ambil suasana polis dan tentera yang berkawal sepanjang perjalanan saya ke Takbai).


Saya di maklumkan oleh sedara saya di sini bahawa telah berlaku pengeboman beberapa hari lalu sebelum kami sampai, iaitu ketika bertarikh (final piala malaysia) tak ingat tarikh hihi..Kebetulan letupan itu berlaku sangat hampir dengan rumah tempat tinggal mak cik saya. Menurutnya letupan itu sangat kuat sehinggakan menerbangkan bumper kereta setinggi atap rumah. Rangka bumber kereta itu juga masih kelihatan tetapi takut juga nak amik gambar takut nanti ada orang syak yang bukan-bukan jadi saya batalkan untuk mengambil gambar bumber kereta yang terdampar di jalanan itu.


Orang terbabit membuat cubaan untuk meletupkan tempat maksiat yang terdapat di selatan thai ini. Menurut orang tempatan di sana ini adalah sebahagian daripada kaedah yang di gunakan oleh mereka untuk memberi ancaman kepada premis-premis yang menganjurkan maksiat yang boleh meruntuhkan akhlak-akhlak remaja kampung terbabit. Itulah jasa mereka sumbangkan untuk agama islam walaupon mengetahui akibat buruk yang bakal mereka hadapi.


Sebagai cenderahati kepada pembaca sekalian saya kepilkan beberapa gambar yang sempat saya ambil sewaktu berada di thailand sekitar pemandangan yang terdapat di sana. suasana korban yang saya ikuti di sana.



Lembu yang hendak di aqiqahkan. Besarkan? Terbaik dari ladang.




Tu dia dah rebah dah...kui3x..moga2 engkau di syurga menjadi tungangan hebat. Amin


Tu dia akhirnya lembu tadi dah di lapah. Alhamdulillah rezeki. Kadang heran jugak kepada manusia yang tidak makan daging atas faktor kesian menganayai binatang. Allah jadikan semua di atas muka bumi ini adalah manfaat kepada manusia untuk mentadbir alam dengan bijaksana. Memang manusia itu memerlukan protein yang terdapat di dalam daging kan? Nak kata sihat tidaklah sihat sangat orang yang tak makan daging. Buatlah sesuatu perkara kerana berpandukan dengan ilmu agar kita selamat di dunia dan akhirat. Bukan kerana ikut-ikutan semata-mata benarkah kita di larang makan daging? Haish perbetulkan pemikiran kita jangan sekadar ikut jew apa yang orang terdahulu lakukan tanpa usul periksa. selamat beramal.

Ada perkara lagi yang nak di ceritakan tetapi saya kira sulit untuk di ceritakan, kalau hendak mengikutinya lebih lanjut boleh lah pergi sendiri kesana atau nak berkongsi pengalaman dengan saya secara personal la.:D Semoga perkongsian kali ini lebih bermanfaat. Terima kasih kerana membaca.



No comments:

Post a Comment