Sunday, 4 November 2012

SAMBUNGAN NABI MUSA BERGURU DENGAN NABI KHAIDIR 2

Assalamulaikum, para pembaca sekalian. Pada hari ini, saya akan menyambung kembali kisah ibrah di sebalik pengajaran kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Kisahnya mungkin kita pernah dengar cuma mungkin kita sering terlupa bagaimana kisahnya. Kepada pembaca yang hendak mengetahui cerita awalnya boleh membuka kembali enteri saya  yang pertama pada bulan sembilan  yang lepas.

http://galangganti89.blogspot.com/2012_09_01_archive.html

Pada hari ini saya akan menyambung sedikit lagi kisah ibrah yang boleh di ambil daripada kisah antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir.


Setelah peristiwa di kapal, kini mereka selamat mendarat di darat. Nabi Musa dan Nabi Khaidir terus menyambung perjalanan. Kali ini Nabi Musa sekali lagi di kejutkan dengan tindakkan Nabi  Khaidir. Nabi Khaidir berjumpa dengan seorang budak di sewaktu di dalam perjalanan mereka. Lalu apa yang terjadi adalah   Nabi Khaidir telah membuat satu tindakan yang luar daripada pemikiran Nabi Musa A.S


kali ini Nabi Khaidir telah membunuh budak terbabit. Cara Nabi Khaidir membunuh budak terbabit tidaklah di ceritakan di dalam al-quran, namun ada ulama' yang membahaskan perihal perkara ini. Ada  yang mengatakan Nabi Khaidir telah menghendak kepala budak terbabit ke dinding sampai mati. Bagi penulis merasakan kisah pembunuhan itu tidak diketahui dengan jelas dan nyata, kerana tidak di beritahu dengan  jelas. Apa pun kaedah yang di gunakan yang pastinya budak tadi akhirnya mati.

Gambar hiasan, tapi ini gambar sebenar yang berlaku di myammar.


Ini menimbulkan rasa tidak senang oleh Nabi Musa A.S. Nabi Musa A.S sekali lagi mempersoalkan tindakkan nabi khadir terbabit. "Mengapa budak  yang tidak berdosa di  bunuh? Kenapa budak ini wajar di bunuh? Apa  dosa yang di lakukan budak ini sehingga di perlakukan seumpamanya ? Engkau telah melakukan sesuatu kejahatan!."


lalu nabi khaidir menjawab " Bukankah sudah ku beritahu yang engkau sudah  pasti tidak tahan denganku."


Lalu nabi musa menjawab " Baiklah jika lepas ini aku masih bertanyakan kepada mu selepas ini engkau boleh halangku daripada mengikutimu. Sesungguhnya engkau telah lebih banyak bersabar menerima dengan  pelbagai alasan daripada ku."


Tanpa melewatkan masa keduanya terus meneruskan perjalanan hingga sampai di sebuah tempat. Sampai di perkampungan terbabit Nabi Musa mengharapkan akan ada penduduk setempat yang akan menyantuni mereka, melayan mereka, kerana mereka adalah orang musafir. Mungkin dengan menyediakan makanan atau sebagainya. Namun sampai di kampung terbabit sebaliknya telah berlaku. semua orang tidak memperdulikan akan mereka di situ.

Ini salah seorang pelajar cemerlang SPM, saya tabik kat diew hebat. (sekadar gambar hiasan)



Lalu Nabi Khaidir pergi ke satu sudut dan membangunkan semula dinding yang hampir roboh dan memperelokkannya.Lalu Nabi Musa berkata kepada nabi khaidir " Kita melawat suatu tempat yang penduduknya tidak mahu meraikan kita apatah lagi menjamu kita, tetapi engkau masih lagi mahu meraikan mereka dengan mempelbaiki dinding itu? Jika engkau ingin mendapatkan upah tentulah engkau layak memperolehinya."


"Inilah tempat kita akan berpisah dan aku akan memberikan penjelasan kepada mu atas perbuatan yang engkau persoalkan." Kata Nabi Khaidir (surah Al-Kahfi(18) ayat 79-82)

$¨Br& èpoYÏÿ¡¡9$# ôMtR%s3sù tûüÅ3»|¡yJÏ9 tbqè=yJ÷ètƒ Îû ̍óst7ø9$# NŠur'sù ÷br& $pkz:Ïãr& tb%x.ur Nèduä!#uur Ô7Î=¨B äè{ù'tƒ ¨@ä. >puZŠÏÿy $Y7óÁxî ÇÐÒÈ  $¨Br&ur ÞO»n=äóø9$# tb%s3sù çn#uqt/r& Èû÷üuZÏB÷sãB !$uZŠÏ±ysù br& $yJßgs)Ïdöãƒ $YZ»uøóèÛ #\øÿà2ur ÇÑÉÈ  !$tR÷Šur'sù br& $yJßgs9Ïö7ム$yJåk5u #ZŽöyz çm÷ZÏiB Zo4qx.y z>tø%r&ur $YH÷qâ ÇÑÊÈ  $¨Br&ur â#yÅgø:$# tb%s3sù Èû÷üyJ»n=äóÏ9 Èû÷üyJŠÏKtƒ Îû ÏpuZƒÏyJø9$# šc%x.ur ¼çmtFøtrB Ö\x. $yJßg©9 tb%x.ur $yJèdqç/r& $[sÎ=»|¹ yŠ#ur'sù y7/u br& !$tóè=ö7tƒ $yJèd£ä©r& %y`̍÷tGó¡tƒur $yJèdu\x. ZpyJômu `ÏiB y7Îi/¢ 4 $tBur ¼çmçGù=yèsù ô`tã ̍øBr& 4 y7Ï9ºsŒ ã@ƒÍrù's? $tB óOs9 ìÏÜó¡n@ ÏmøŠn=¨æ #ZŽö9|¹ ÇÑËÈ 




79.  Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan Aku bertujuan merusakkan bahtera itu, Karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.

80.  Dan adapun anak muda itu, Maka keduanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.

81.  Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).

82.  Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, Maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah Aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. 

"Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya".

 
Itulah sebab apa yang telah di lakukan Nabi Khaidir terhadap perbuatanya sebelum ini.Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda di dalam hadis Riwayat Imam Bukhari no. 4727 

"Jika Nabi Musa a.s bersabar sedikit, maka tentulah banyak lagi perkara yang akan dipelajarinya dan akan sampai kepada kita."

Kisah ini saya sempat mendapat kisahnya daripada Tuan guru saya antaranya  Sheikh Fahmi Bin Zam Zam yang menceritakan antara hikmat daripada peristiwa ini.

1- Daripada kisah  inilah ilmu yang keluar daripada imam ghazali mengenai suatu kitab yang di berikan nama Aiyulhal Walad ( Wahai Anak-anak ku yang tercinta) di dalam satu topik yang di bincangkan khusus oleh Al-imam Ghazali Rahimullaha ta'ala " hendaklah kamu berguru dengan guru yang mursyid". Bagaimana untuk mengenali guru yang mursyid itu. Bagaimana adab kita (anak murid) terhadap guru yang mursyid.

2- Daripada kisah ini juga saya mengetahui satu ilmu baru yang telah saya dapat daripada seorang Tok Guru Pak Teh Mat yang membuka pondok di Kuala Nerang, telah menyebut kepada saya daripada kisah inilah ulama' membicarakan ilmu kasyaf. Itulah ilmu yang mudah untuk  saya bicarakan di sini adalah allah berikan kurnia kepada insan yang di pilih oleh allah untuk melihat perkara yang tidak dapat di lihat oleh manusia  biasa dengan pandangan yang luar biasa. Seumpama kisah nabi khaidir yang membunuh budak terbabit. Bagaimana Nabi Khaidir mengetahui akan perihal budak itu akan membawa kesesatan kepada kedua ibubapanya kelak? Itulah antara ilmu yang bukan mudah untuk dapat melainkan kita benar-benar mempelajarinya, mengamalkanya, menghayatinya, merasainya. Pada waktu itu barulah kita merasa benarlah apa yang telah di perkatakan.

Terdapat pelbagai lagi pengajaran yang boleh di ambil daripada kisah ini, memadailah dengan 2 contoh yang saya beri mudah-mudahan menterbeliakkan hati kita. Oleh kerana saya ada menyentuh mengenai guru yang mursyid, nantikan sambunganya mengenai guru yang mursyid pula pada enteri yang akan datang....bersambung..

No comments:

Post a Comment