Monday 14 January 2013

[WAJIB BACA] DI SEBALIK REBET SMART PHONE BELIA 1 MALAYSIA

Salam sudah lama menyepi kini admin kembali. Banyak perkara yang admin lakukan tetapi sukar untuk berkongsi dengan teman sekalian. Cuma hari ini, admin nak berkongsi tentang program terbaharu transformasi kerajaan iaitu Rebet Smart Phone untuk Belia 1malaysia.


Kawan-kawan sudah memohon belum? sudah tahu dimana saluran yang boleh dipohon? kawan-kawan tak nak rebet rm200? kalau kawan-kawan hendak, boleh lah untuk memohon di atas talian 








Suatu rebet yang baik untuk para belia sekalian untuk dapatkanya. Persoalanya tiada sambutan di kalangan para belia. Hairan dan ajaib yang telah berlaku. 


Adakah belia tidak berminat dengan rebet rm 200? atau belia hendak rebet rm1000 macam yang telah di umumkan oleh TPM kita, sekiranya @!@ menang maka BR1M akan di naikkan dan diberikan sehingga kepada RM1000.00



Ada pula yang mengatakan ini adalah pakej kroni kerana setiap pembelian WAJIB ikat kontrak dengan syarikat telko.


 dan tidak di lupakan Seng Heng dan Seng Q. Admin sekadar  mencari kebenaran apakah yang berlaku pada alam realitinya dan apakah cerita di sebalik kisah "Pakej Menawan Belia"  ini. Admin membuat pemohonan dan alhamdulillah di luluskan.


Admin telah membawa rebet yang telah diluluskan ke kedai yang sepatutnya. Rata-rata daripada pemerhatian admin, admin melihat pakej ini adalah PALSU kerana ada beberapa isu yang berlaku. 

1- Berkaitan dengan harga smart phone yang boleh di beli pada awalnya hanya rm500 sahaja


Modelnya adalah seperti berikut


2- tak lama kemudian, keluar pulak kenyataan baharu tiada had....HURRAY...

3- tetiba hanya henset tertentu sahaja yang di tawarkan oleh syarikat telco , seng heng , dan seng q. ini adalah contoh syarikat telco bagi jenis ini sahaja yang boleh dibeli.


Oleh itu admin merasakan apa yang di war-warkan tidak benar. janji ditepati yang tinggal janji semata-mata. 

"Janji Tinggal Janji, Janji di mungkiri"

Antara sebab janji terus di mungkiri  kerana di dalam pemerhatian admin yang seronok mendapatkan rebet ini. admin telah menjelajah ke kedai-kedai henset yang biasa kita kunjungi. Namun di sana tiada rebet yang di tawarkan. Admin cuba mengorek rahsia apa yang terjadi di sebalik rebet belia ini di kalangan peniaga telefon.


Mereka menyatakan beberapa persoalan yang di fikirkan benar juga.
1- "Banyak kedai bukan tidak mahu ambil, tetapi memboikot rebet ini kerana menurut mereka Rebet Belia 1Malaysia ini hanya bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi kedai henset kecil-kecilan seperti kami. Kami yang kerugian sebab itu kami tidak menerima tawaran untuk menerima pakej rm 200 tersebut. Ini adalah apa yang mereka suarakan. Sebabnya adalah kerana rm 200 itu adalah untung atau modal kami. Rebet ini umpama memberi pinjam kepada pembeli kata mereka kepada admin yang kurang mengerti ini. "

"Bayangkan 1 hari 5 orang paling lekeh membeli di  kedai saya. 1 orang saya di paksa memberi pinjam RM 200. Kalau 5 orang saya terpaksa tanggung hutang pembeli RM 1000. Kalau tiap- tiap hari begini bayangkan selama 1 bulan 30 hari. bermakna saya terpaksa menanggung hutang RM 30000 sebulan. Saya hendak claim untuk mendapatkan duit saya daripada pihak SKMM tue kalau paling cepat pon 6 bulan.Dalam tempoh 6 bulan berapa yang terpaksa saya tanggung? RM 30000 x 6 bulan = RM180000 kos yang terpaksa saya tanggung daripada pembeli. Saya rasa untuk tunggu claim itu, sudah pasti saya yang bankrup dulu menurutnya....

Lalu saya mengajukan soalan kepadanya, kenapa hanya diberikan kepada syarikat tertentu sahaja seperti Telco, Seng Heng, dan lain-lain.

"Menurut mereka, syarikat itu adalah syarikat yang besar, mereka tak kesah pon stakat nak memberikan hutang kepada pengguna sebanyak RM200 K.  kerana mereka syarikat besar mereka mampu menuggu claim yang akan diberikan. Lalu die mengambil contoh seng heng satu syarikat yang besar kerana kedainya yang terlalu banyak dan bukan stakat berada di malaysia tetapi turut di luar negara. Sambil berseloroh entah-entah tokey seng heng lebih kaya daripada Malaysia."

Cerita di Kedai Seng Heng pula

Saya tiba di Kedai Seng Heng untuk melihat smart phone yang di war-warkan. Hari tue pertama kali saya menjejakan kaki di kedai Seng Heng. Saya baru tahu kedai seng heng ini adalah kedai perkakasan elektrik. tv, mesin basuh, dapur. peti ais macam-macam lah ada. Termasuklah smart phone. cuma apa yang sedihnya hanya ada beberapa telefon sahaja antaranya yang RM1000,RM 2000 keatas samsung S3, note 2, yang mahal-mahal aje yang ada. Yang murah tak da.

Apabila tanya mengenai Rebet Phone itu mereka keluarkan kertas jenis-jenis phone yang ada. Kalau nak tgk smart phone yang murah-murah sikit atas kertas je ada. Biasakan kita nak tgk dulu nak pegang tengok dulu, smart phone macam ini di dalam kedai itu. Kemudian saje tanya macam mana nak beli telefon samsung ace. kata pekerjanya " kene tempah dulu". wah memang terbaik lah. pastu kene WAJIB pakai pakej internet lagi. Kalau orang sengkek cam aku nie memang aku rasa la nak pakai bayar p1 pon dah rm100/month contoh je...pastu kene pakai line lagi pakej rm68/ month kontrak lagi 18 atau 12 month. Bila fikir-fikir balik bukan pakej rakyat la, aku rasa makin terbeban lagi ada la..Pakai je smart phone bila ada wifi free guna la apa masalahnya. Alasanya kalo dah pakai smart phone tak da guna kalau x da internet. Kalau ada orang kata pakej ini untuk kroni mungkin ada benarnya dan mungkin ada salahnya. Tapi apa pon pakej ini tidak sedikit pon meringankan beban kami yang belia bahkan makin bertambah beban....

Cadangan penambahbaikan

Cadangan ini admin ambil daripada peniaga henset yang terbabit untuk memastikan kerancakkan program smart phone belia ini adalah.

1- kerajaan mengeluarkan dahulu pembelanjaan dan di berikan kepada semua kedai telephone yang berminat. Contohnya menurut mereka 1 kedai terhad untuk 10 rebet sahaja. Jadi kedai yang berminat akan diberikan RM 200 X 10 = RM 2000 kemudian di publishkan kedai-kedai yang boleh menebus rebet RM 200 di seluruh Malaysia. Jika langkah ini berjaya, maka semua orang yang memohon sudah pasti akan mendapatkannya.

2- Menghadkan pendaftaran di atas talian. Contohnya budjet yang dikeluarkan adalah sebanyak 1 juta. Jadi sudah pasti kerajaan sudah mengetahui berapa ramai yang boleh memohon. contoh seramai 200 ribu sahaja yang terawal. setelah cukup 200 ribu talian di hentikan. pemohonan selepas daripada itu adalah tidak layak. Maka tidak timbul lah tentang pemohonan dengan tempoh yang terhad kerana rebet itu telah di serahkan kepada individu terbabit.

Rugi la..kerajaan dah bagi ambik..ini habuan kita..

"orang bagi ambik orang pangkah sendiri mau ingat la" 

"Pilih lah yang terbaik yang adil yang boleh memimpin kita yang Paling penting dia boleh bawak kita di dunia dan di akhirat dan ajar kita mengenal tuhan barulah hidup menjadi selamat dan insyallah berkat" 

HIDUP-HIDUP ISLAM...HANCUR-HANCUR KEZALIMAN..

-END-





Thursday 8 November 2012

TARBIYYAH SIFATNYA ANJAL

Alhamdulillah, kita panjatkan syukur kepada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah allah di atas muka bumi ini. Hari ini saya berkongsi dengan sahabat sekalian " Tarbiyyah Sifatnya Anjal".


Semalam merupakan hari terakhir peperiksaanku di IPG Kampus Darulaman bagi semester 4. Saya juga merasa bertuah bersama dengan batch ke- 5 ini, kerana satu batch yang rapat saya kira dan kami menjalani perlbagai aktiviti batch bersama. Bagi menutupi gerbang semesta ini, kami jalankan " Futsal Batch". Buat julung-julung kali di adakan.



inilah sahabat se "batch" aku yang perrghh...:D

Melihat kepada muka ceria kawan-kawan, maka saya  dapat simpulkan bahawa da'ie yang baik adalah berada di tengah masayrakat bukan hanya menampakan diri yang baik  semata-mata. Apabila kita bersama mereka, kelihatan mereka sangat seronok bersama kita. Alangkah indahnya islam ini ukwah di taut tidak kira tempat. Teruskan sahabat jalinan persahabatan mudah-mudahan kita di golongkan di dalam golongan "hablum minan nas" (menjaga hubungan dengan manusia mengikat ikatan  silaratul rahim dengan baik insyallah).


sedang mendengar taklimat perlawanan

Satu perkara yang saya kira bangga, nah Alhamdulillah semua  menjaga aurat ketika bersukan. Inilah yang islam mahukan. Amalan seumpama inilah yang di kira sebagai ibadat apabila mengikut syariat islam. Bukan susahkan? Mudah-mudahan di berikan ganjaran pahala, dan sama-sama kita istiqamah untuk melakukan perkara yang baik/ makruf.


ini baru bersukan...hebat perpeluh-peluh

Tarbiyyah itu bersifat anjal, adakalanya perlu kepada tarbiyyah yang penuh dengan kebasahan. Wah inilah sebahagian daripada tarbiyyah. Bagi dai'e yang menolak bersukan. Bagi saya dia telah tinggalkan salah satu sifat tarbiyyah. Seperti yang telah di gariskan Muassofat Tarbiyyah oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.


inilah muassofat tarbiyyah yang saya sebutkan sebentar tadi.

Salah satu ciri muassofat tarbiyyah adalah sihat tubuh badan. Antara yang boleh di lakukan adalah dengan bersukan. Maka kena la rajin bersukan namun bukan mudah apabila menjadi dai'e banyak masa hendak di bahagikan dengan baik. Jaga waktu solat jemaah di masjid, waktu untuk dakwah islam, waktu dengan keluarga, sahabat, jiran, waktu untuk pengisian rohani dalam  diri, waktu sebagai seorang pelajar, waktu untuk merehatkan  minda dan pelbagai lagi. Ini tidak termasuk dengan 10 ciri muassofat yang di sebutkan di atas. Bukan senang nak mendidik nafsu ni kan?


tue dia cedera sahabat kita nie..permain inport daripada azhar mesir..

Lumrah dalam perjuangan pasti akan ada yang menang, atau kalah. Adat jugak dalam pertandingan sudah pasti ada yang tercedera sebagai pahlawan, namun perjuangan tetap di teruskan. Terbaiklah kawan prestasi permainan yang baik, tak sia-sia admin import dalam  team kami. Apa yang admin hendak ceritakan pada teman sekalian sifat setia kawan apabila kawan mengalami kecederaan semua berhenti dan merawat kawan. Inilah yang di anjurkan oleh islam. Berat sama di pikul ringan sama di jinjing. Cewah pepatah pulak.


gambar kenagan berakhirnya semester 4, 2012

Setiap permulaan sudah pasti ada pengakhirannya, begitulah adat dalam kehidupan. Perlawanan tak dapat di langsungkan sehingga ke akhirnya kerana masa mencemburui apa yang dirancang, pemenang jugak tidak dapat di ketahui. Apa-apa pun semoga ukhwah yang di bina ini terus berkekalan. Pesanan terakhir daripada admin untuk diri sendiri dan teman sekalian, "siapa pun kita nama ja islam kita adalah dai'e. So kita kene sentiasa berakhlak dengan akhlak islam. Ingat tu kawan-kawan " we are dai'e"  jadi kita adalah penyampai massage islam dengan apa yang kita lakukan". Selamat Beramal.

Jangan lupa Like Page Mata Terbukak Hati Terbeliak untuk update yang terkini berita mengenai blog ini, mudah-mudahan menjadi salah satu saluran dakwah bil hal yang boleh di contohi.












Monday 5 November 2012

6 SOALAN IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".


orang tua jawab salah seorang anak murid Imam Al- Ghazali


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"


bulan jawab salah seorang anak murid Al-Imam Al-Ghazali



Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"


matahari jawab salah seorang anak murid Al-Imam Ghazali


Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


Keempat : Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" 


gajah jawab salah seorang anak murid Al-Imam Al-Ghazali


Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah".

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanahnya.


Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".


cotton plant jawab salah seorang anak murid Al-Imam Al-Ghazali


Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".


sword serentak jawab anak murid Imam Al-Ghazali


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sunday 4 November 2012

SAMBUNGAN NABI MUSA BERGURU DENGAN NABI KHAIDIR 2

Assalamulaikum, para pembaca sekalian. Pada hari ini, saya akan menyambung kembali kisah ibrah di sebalik pengajaran kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Kisahnya mungkin kita pernah dengar cuma mungkin kita sering terlupa bagaimana kisahnya. Kepada pembaca yang hendak mengetahui cerita awalnya boleh membuka kembali enteri saya  yang pertama pada bulan sembilan  yang lepas.

http://galangganti89.blogspot.com/2012_09_01_archive.html

Pada hari ini saya akan menyambung sedikit lagi kisah ibrah yang boleh di ambil daripada kisah antara Nabi Musa dan Nabi Khaidir.


Setelah peristiwa di kapal, kini mereka selamat mendarat di darat. Nabi Musa dan Nabi Khaidir terus menyambung perjalanan. Kali ini Nabi Musa sekali lagi di kejutkan dengan tindakkan Nabi  Khaidir. Nabi Khaidir berjumpa dengan seorang budak di sewaktu di dalam perjalanan mereka. Lalu apa yang terjadi adalah   Nabi Khaidir telah membuat satu tindakan yang luar daripada pemikiran Nabi Musa A.S


kali ini Nabi Khaidir telah membunuh budak terbabit. Cara Nabi Khaidir membunuh budak terbabit tidaklah di ceritakan di dalam al-quran, namun ada ulama' yang membahaskan perihal perkara ini. Ada  yang mengatakan Nabi Khaidir telah menghendak kepala budak terbabit ke dinding sampai mati. Bagi penulis merasakan kisah pembunuhan itu tidak diketahui dengan jelas dan nyata, kerana tidak di beritahu dengan  jelas. Apa pun kaedah yang di gunakan yang pastinya budak tadi akhirnya mati.

Gambar hiasan, tapi ini gambar sebenar yang berlaku di myammar.


Ini menimbulkan rasa tidak senang oleh Nabi Musa A.S. Nabi Musa A.S sekali lagi mempersoalkan tindakkan nabi khadir terbabit. "Mengapa budak  yang tidak berdosa di  bunuh? Kenapa budak ini wajar di bunuh? Apa  dosa yang di lakukan budak ini sehingga di perlakukan seumpamanya ? Engkau telah melakukan sesuatu kejahatan!."


lalu nabi khaidir menjawab " Bukankah sudah ku beritahu yang engkau sudah  pasti tidak tahan denganku."


Lalu nabi musa menjawab " Baiklah jika lepas ini aku masih bertanyakan kepada mu selepas ini engkau boleh halangku daripada mengikutimu. Sesungguhnya engkau telah lebih banyak bersabar menerima dengan  pelbagai alasan daripada ku."


Tanpa melewatkan masa keduanya terus meneruskan perjalanan hingga sampai di sebuah tempat. Sampai di perkampungan terbabit Nabi Musa mengharapkan akan ada penduduk setempat yang akan menyantuni mereka, melayan mereka, kerana mereka adalah orang musafir. Mungkin dengan menyediakan makanan atau sebagainya. Namun sampai di kampung terbabit sebaliknya telah berlaku. semua orang tidak memperdulikan akan mereka di situ.

Ini salah seorang pelajar cemerlang SPM, saya tabik kat diew hebat. (sekadar gambar hiasan)



Lalu Nabi Khaidir pergi ke satu sudut dan membangunkan semula dinding yang hampir roboh dan memperelokkannya.Lalu Nabi Musa berkata kepada nabi khaidir " Kita melawat suatu tempat yang penduduknya tidak mahu meraikan kita apatah lagi menjamu kita, tetapi engkau masih lagi mahu meraikan mereka dengan mempelbaiki dinding itu? Jika engkau ingin mendapatkan upah tentulah engkau layak memperolehinya."


"Inilah tempat kita akan berpisah dan aku akan memberikan penjelasan kepada mu atas perbuatan yang engkau persoalkan." Kata Nabi Khaidir (surah Al-Kahfi(18) ayat 79-82)

$¨Br& èpoYÏÿ¡¡9$# ôMtR%s3sù tûüÅ3»|¡yJÏ9 tbqè=yJ÷ètƒ Îû ̍óst7ø9$# NŠur'sù ÷br& $pkz:Ïãr& tb%x.ur Nèduä!#uur Ô7Î=¨B äè{ù'tƒ ¨@ä. >puZŠÏÿy $Y7óÁxî ÇÐÒÈ  $¨Br&ur ÞO»n=äóø9$# tb%s3sù çn#uqt/r& Èû÷üuZÏB÷sãB !$uZŠÏ±ysù br& $yJßgs)Ïdöãƒ $YZ»uøóèÛ #\øÿà2ur ÇÑÉÈ  !$tR÷Šur'sù br& $yJßgs9Ïö7ム$yJåk5u #ZŽöyz çm÷ZÏiB Zo4qx.y z>tø%r&ur $YH÷qâ ÇÑÊÈ  $¨Br&ur â#yÅgø:$# tb%s3sù Èû÷üyJ»n=äóÏ9 Èû÷üyJŠÏKtƒ Îû ÏpuZƒÏyJø9$# šc%x.ur ¼çmtFøtrB Ö\x. $yJßg©9 tb%x.ur $yJèdqç/r& $[sÎ=»|¹ yŠ#ur'sù y7/u br& !$tóè=ö7tƒ $yJèd£ä©r& %y`̍÷tGó¡tƒur $yJèdu\x. ZpyJômu `ÏiB y7Îi/¢ 4 $tBur ¼çmçGù=yèsù ô`tã ̍øBr& 4 y7Ï9ºsŒ ã@ƒÍrù's? $tB óOs9 ìÏÜó¡n@ ÏmøŠn=¨æ #ZŽö9|¹ ÇÑËÈ 




79.  Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan Aku bertujuan merusakkan bahtera itu, Karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.

80.  Dan adapun anak muda itu, Maka keduanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.

81.  Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).

82.  Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, Maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah Aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. 

"Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya".

 
Itulah sebab apa yang telah di lakukan Nabi Khaidir terhadap perbuatanya sebelum ini.Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda di dalam hadis Riwayat Imam Bukhari no. 4727 

"Jika Nabi Musa a.s bersabar sedikit, maka tentulah banyak lagi perkara yang akan dipelajarinya dan akan sampai kepada kita."

Kisah ini saya sempat mendapat kisahnya daripada Tuan guru saya antaranya  Sheikh Fahmi Bin Zam Zam yang menceritakan antara hikmat daripada peristiwa ini.

1- Daripada kisah  inilah ilmu yang keluar daripada imam ghazali mengenai suatu kitab yang di berikan nama Aiyulhal Walad ( Wahai Anak-anak ku yang tercinta) di dalam satu topik yang di bincangkan khusus oleh Al-imam Ghazali Rahimullaha ta'ala " hendaklah kamu berguru dengan guru yang mursyid". Bagaimana untuk mengenali guru yang mursyid itu. Bagaimana adab kita (anak murid) terhadap guru yang mursyid.

2- Daripada kisah ini juga saya mengetahui satu ilmu baru yang telah saya dapat daripada seorang Tok Guru Pak Teh Mat yang membuka pondok di Kuala Nerang, telah menyebut kepada saya daripada kisah inilah ulama' membicarakan ilmu kasyaf. Itulah ilmu yang mudah untuk  saya bicarakan di sini adalah allah berikan kurnia kepada insan yang di pilih oleh allah untuk melihat perkara yang tidak dapat di lihat oleh manusia  biasa dengan pandangan yang luar biasa. Seumpama kisah nabi khaidir yang membunuh budak terbabit. Bagaimana Nabi Khaidir mengetahui akan perihal budak itu akan membawa kesesatan kepada kedua ibubapanya kelak? Itulah antara ilmu yang bukan mudah untuk dapat melainkan kita benar-benar mempelajarinya, mengamalkanya, menghayatinya, merasainya. Pada waktu itu barulah kita merasa benarlah apa yang telah di perkatakan.

Terdapat pelbagai lagi pengajaran yang boleh di ambil daripada kisah ini, memadailah dengan 2 contoh yang saya beri mudah-mudahan menterbeliakkan hati kita. Oleh kerana saya ada menyentuh mengenai guru yang mursyid, nantikan sambunganya mengenai guru yang mursyid pula pada enteri yang akan datang....bersambung..