Assalamulaikum dan salam kerinduan saya kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian. Mudah-mudahan tuan-tuan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T di atas amal baik tuan-tuan lakukan.
Dalam seminggu ini, sering kedengaran di corong-corong radio tentang satu blog nie "Terbeliak2x" yang menjadi fanomena di sini dengan " Ust Din Tebeliak" aduh sebut temanku yang menjadi salah seorang yang mengikuti perkembangan baik blog ini. Tengah study tanya, pas keluar exam pun tanya "Terbeliak2x".
Tengah study pun masih duk tanya "Terbeliak2x"
Sampai budak nie pon terbeliak tengok tue sian..
Jadi nak cerita la sikit kesah di sebalik "Terbeliak2x " ni...
Suatu hari telah datang seorang brother nie we call senior la, waktu tue heboh dekat tempat aku belajar nie dengan "apis tak kesah" blog yang di buat oleh brother nie sampai di ambil perhatian oleh universiti luar dan dalam untuk di buat kajian dalam bidang pendidikan.
So bila balik bilik, bukak blog dan buat padahal tak pernah-pernah pon rajin nak buat blog nie, tambah-tambah ambe nie jahil pulop dalam bidang-bidang teknologi ni bukan la reti sangat. Pastu bukak youtube terpikir plak kalo jadi vloggers pon ok jugak. Tapi tak nak arh jadi cam mat lutfi pegi mana pon tak senang bro ramai sangat yang kenal.
Last-last bukak la satu channel nie TH FILEM. Sekali amik....
Mataku terbukak Terbeliak hati aku tengok
Klik link atas nie, jadi aku pon amik keputusan untuk membuat blog ini dengan tema "Mata Terbukak Hati Terbeliak" tak kesah la orang nak cakap " Ust Din Terbeliak" ka yang penting anda sudah terbeliak dengan penulisan ini. Tapi penulisan ini bukan nak lawan "apih tak kesah" ye, cuma penulisan ini nak menyambut cabaran apih yang ada kesah punya.
Setelah mula belajar menaip di corong-corong internet ini, mula dapat merasai nikmat ber "blog ini" kerana objektif asal buat blog ini adalah untuk ku himpunkan ilmu yang ku perolehi di kuliah-kuliah yang aku hadiri untuk aku mendokumenkan ilmu yang aku terima tidak lain dan tidak bukan kerana allah taala dan sebagai sedikit persediaan aku sebagai ustaz tidak lama lagi, doakan ana ye teman-teman, mudah-mudahan doa teman-teman lebih makbul dan di terima oleh Allah.
Di kesampingan ini saya mengucapkan terima kasih kepada Ust Kazim kerana dapat cetusan idea daripada kalam yang beliau ungkapkan, seterusnya tuan channel TH FILEM yang telah berjaya menterbeliakkan saya dan segala sumber-sumber yang berjaya menterbeliakkan orang lain, mudah-mudahan sedikit amalan yang di lakukan ini di ganjari oleh allah dengan pahala yang berlipat kali ganda yang tidak ada nilainya untuk di tukar ganti di sana nanti.Terima kasih semua.
terbaek....
ReplyDeleteterbeliak 3x
terbeliak tgk senior dah nak keluar dah meninggalkan kami...:D
ReplyDelete