Alhamdulillah akhirnya saya dan keluarga sampai di tempat yang di tujui. sekarang saya akan mengajak untuk melihat sosio budaya yang terdapat di negara Thailand yang sangat hebat yang jarang dapat kita lihat di tanah air kita malaysia.
Ini merupakan suasana di pagi hari raya di Thailand. Berpusu-pusu masuk untuk solat Hari Raya Aidul adha.
Ini merupakan salah seorang rakyat tempatan yang sempat saya temui.
Beginilah suasana untuk solat Hari raya yang hanya di atas padang rumput sahaja di kala mentari terbit.
NamuN yang lebih menarik pemuda dan orang tua sanggup menunggu untuk mendengar khutbah di bawah sinaran mentari pagi dan tidak ada siapa pun yang berganjak. Berbanding kita di Malaysia walaupun di berikan dan di sajikan dengan kemudahan yang bergitu hebat masjidnya seperti air-cond, tanyangan slide, tindak mampu untuk menghalang hadirin daripada meninggalkan khutbah. Benarlah kata orang apabila islam itu di tindas barulah rakyat sepakat. Mereka di sini susah kehidupan mereka dan mereka bersatu untuk sama-sama mengangkat islam setinggi-tinggi yang mereka mampu lakukan. Mudah-mudahan ada kesedaran di kalangan belia kita untuk rajin solat dan mengimarahkan masjid yang ada di tanah air kita kelak.
Gambaran ini saya sengaja "kod"kan kerana di tembok terpampang perkataan "Nuruddin" wow nama saya. Mudah-mudahan tempat ini akan terus subur dengan nur (cahaya) addin (agama) amin.
Gambaran ini pula saya sangat tertarik untuk berkongsi dengan teman pembaca sekalian, kawan yang memakai kopiah "pink" yang menjadi trend mungkin di sini. saya gelarkan "brother kopiah bulu".:D
Mudah-mudahan sedikit perkongsian saya pada hari ini bermanfaat. Wahai anak muda bangkitlah dan pertahankan islam di mana sahaja kamu berada. Jangan tinggalkan masjid kerana itulah sumber nur (cahaya) jika kita kuat di masjid akan menggerunkan musuh islam. Wahai sahabat di malaysia, ayuh berubah dan penuhkan masjid malunya dengan pemuda thailand yang bergitu hebat pertahankan islam. ayuh!.
hebat sahabat ana sorang ni.. beruntung enta dpt beraya dan menziarahi shbt se Islam di sana.. mabruk! (^_^)
ReplyDeleteterima kasih akhi kerana sudi menjengok yang x sebeapa niew....
ReplyDelete