Alhamdulillah, kita panjatkan syukur kepada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah allah di atas muka bumi ini. Hari ini saya berkongsi dengan sahabat sekalian " Tarbiyyah Sifatnya Anjal".
Semalam merupakan hari terakhir peperiksaanku di IPG Kampus Darulaman bagi semester 4. Saya juga merasa bertuah bersama dengan batch ke- 5 ini, kerana satu batch yang rapat saya kira dan kami menjalani perlbagai aktiviti batch bersama. Bagi menutupi gerbang semesta ini, kami jalankan " Futsal Batch". Buat julung-julung kali di adakan.
inilah sahabat se "batch" aku yang perrghh...:D
Melihat kepada muka ceria kawan-kawan, maka saya dapat simpulkan bahawa da'ie yang baik adalah berada di tengah masayrakat bukan hanya menampakan diri yang baik semata-mata. Apabila kita bersama mereka, kelihatan mereka sangat seronok bersama kita. Alangkah indahnya islam ini ukwah di taut tidak kira tempat. Teruskan sahabat jalinan persahabatan mudah-mudahan kita di golongkan di dalam golongan "hablum minan nas" (menjaga hubungan dengan manusia mengikat ikatan silaratul rahim dengan baik insyallah).
sedang mendengar taklimat perlawanan
Satu perkara yang saya kira bangga, nah Alhamdulillah semua menjaga aurat ketika bersukan. Inilah yang islam mahukan. Amalan seumpama inilah yang di kira sebagai ibadat apabila mengikut syariat islam. Bukan susahkan? Mudah-mudahan di berikan ganjaran pahala, dan sama-sama kita istiqamah untuk melakukan perkara yang baik/ makruf.
ini baru bersukan...hebat perpeluh-peluh
Tarbiyyah itu bersifat anjal, adakalanya perlu kepada tarbiyyah yang penuh dengan kebasahan. Wah inilah sebahagian daripada tarbiyyah. Bagi dai'e yang menolak bersukan. Bagi saya dia telah tinggalkan salah satu sifat tarbiyyah. Seperti yang telah di gariskan Muassofat Tarbiyyah oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.
inilah muassofat tarbiyyah yang saya sebutkan sebentar tadi.
Salah satu ciri muassofat tarbiyyah adalah sihat tubuh badan. Antara yang boleh di lakukan adalah dengan bersukan. Maka kena la rajin bersukan namun bukan mudah apabila menjadi dai'e banyak masa hendak di bahagikan dengan baik. Jaga waktu solat jemaah di masjid, waktu untuk dakwah islam, waktu dengan keluarga, sahabat, jiran, waktu untuk pengisian rohani dalam diri, waktu sebagai seorang pelajar, waktu untuk merehatkan minda dan pelbagai lagi. Ini tidak termasuk dengan 10 ciri muassofat yang di sebutkan di atas. Bukan senang nak mendidik nafsu ni kan?
tue dia cedera sahabat kita nie..permain inport daripada azhar mesir..
Lumrah dalam perjuangan pasti akan ada yang menang, atau kalah. Adat jugak dalam pertandingan sudah pasti ada yang tercedera sebagai pahlawan, namun perjuangan tetap di teruskan. Terbaiklah kawan prestasi permainan yang baik, tak sia-sia admin import dalam team kami. Apa yang admin hendak ceritakan pada teman sekalian sifat setia kawan apabila kawan mengalami kecederaan semua berhenti dan merawat kawan. Inilah yang di anjurkan oleh islam. Berat sama di pikul ringan sama di jinjing. Cewah pepatah pulak.
gambar kenagan berakhirnya semester 4, 2012
Setiap permulaan sudah pasti ada pengakhirannya, begitulah adat dalam kehidupan. Perlawanan tak dapat di langsungkan sehingga ke akhirnya kerana masa mencemburui apa yang dirancang, pemenang jugak tidak dapat di ketahui. Apa-apa pun semoga ukhwah yang di bina ini terus berkekalan. Pesanan terakhir daripada admin untuk diri sendiri dan teman sekalian, "siapa pun kita nama ja islam kita adalah dai'e. So kita kene sentiasa berakhlak dengan akhlak islam. Ingat tu kawan-kawan " we are dai'e" jadi kita adalah penyampai massage islam dengan apa yang kita lakukan". Selamat Beramal.
Jangan lupa Like Page Mata Terbukak Hati Terbeliak untuk update yang terkini berita mengenai blog ini, mudah-mudahan menjadi salah satu saluran dakwah bil hal yang boleh di contohi.